Pengertian Wakaf

PENGERTIAN WAKAF
Wakaf berasal dari perkataan Arab : waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

PENGERTIAN WAKAF (ISTILAH)
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

RUKUN-RUKUN WAKAF

1. Pewakaf (Al-Wakif)
2. Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)
3. Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf’alaih)
4. Lafaz Akad ( Al-Sighah)

SYARAT –SYARAT PADA RUKUN WAKAF

1. Pewakaf Merdeka Baligh Berakal Berkelayakan untuk berwakaf Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )
 
2. Harta yang diwakafkan Harta yang mempunyai nilai Harta yang boleh dipindah milik Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan. Harta adalah milik sempurna pewakaf
 
3. Penerima manfaat wakaf Penerima khusus samada seorang atau lebih Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)
 
4. Lafaz akad Akad adalah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.
 

Selamat Datang Ke Portal e-Wakaf Majlis Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)



Log Masuk

Galeri Projek

Asrama Di Mesir
Asrama Wanita
Kiosk Di Masjid Negeri
Kompleks Asnaf MUIP

Jumlah Pelawat

Hari Ini4
Semalam59
Minggu Ini290
Bulan Ini1187
Keseluruhan68038

Pautan