Dana Wakaf Pahang

LATAR BELAKANG DANA WAKAF PAHANG

Dana Wakaf Pahang (sebelum ini dikenali sebagai Saham Wakaf Pahang) dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada Disember 1998. Dana Wakaf Pahang yang tidak lagi menggunakan Sijil Saham Wakaf telah diperkenalkan oleh pihak Majlis mulai Jun 2015 setelah Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015 diluluskan oleh Majlis. Nilai minimum Dana Wakaf Pahang ialah RM5.00 dan pengeluaran Kupon Dana Wakaf dibolehkan melalui Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015.

MEWAKAFKAN HARTA adalah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah S.W.T kepada pewakaf selagi harta atau ain yang diwakafkan itu kekal atau dimanfaatkan.

KONSEP DANA WAKAF PAHANG

Dana Wakaf Pahang adalah satu skim yang menggalakkan orang ramai menyumbangkan sedekah jariah (wakaf) untuk selama-lamanya kerana Allah S.W.T pada nilai minimum RM5.00 dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan umat Islam. Sesiapa sahaja yang beragama Islam boleh menyertai skim ini. Skim Dana Wakaf ini, memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta. Sumbangan dana wakaf yang terkumpul akan disatukan dan dijadikan modal untuk membeli harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya.

Selamat Datang Ke Portal e-Wakaf Majlis Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)



Log Masuk

Galeri Projek

Asrama Di Mesir
Asrama Wanita
Kiosk Di Masjid Negeri
Kompleks Asnaf MUIP

Jumlah Pelawat

Hari Ini82
Semalam72
Minggu Ini230
Bulan Ini898
Keseluruhan71652

Pautan