Soalan Lazim

  SOALAN LAZIM BERKAITAN DANA WAKAF PAHANG

(DWP)
   
1.  
 
Adakah Dana Wakaf Pahang (DWP) berbentuk bayaran sekali pembelian?
  DWP adalah ibadah sunnah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa halangan dari segi waktu dan tempoh.
   
2. Berapakah nilai minimum penyertaan wakaf dan had penyertaan?
  Nilai minimum penyertaan wakaf adalah RM5.00 dan tiada had penyertaan.
   
3. Adakah dengan berwakaf, dibolehkan membuat potongan cukai?

 

  Boleh. Berdasarkan Pengecualian Cukai Pendapatan Sub-Syeksyen 44(6) di boring B dan BE diruang sumbangan/ sumbangan kepada kerajaan Negeri.

 

   
4. Adakah dibolehkan berwakaf dengan menggunakan nama syarikat?
  Boleh, dengan mendaftarkan nama syarikat sebagai pewakaf dan no. pendaftaran syarikat sebagai no. kad pengenalan.

 

   
5. Bolehkah DWP dinamakan atas nama orang yang sudah meninggal?
  Boleh. Namun pendaftaran haruslah didaftarkan atas nama wakil yang masih hidup.
   
6. Bolehkan DWP di bank-in kan terus ke akaun DWP?
  Boleh, tetapi pewakaf mestilah menghantar bukti pembayaran melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau ke alamat Pejabat Dana Wakaf Pahang, No.115, Tingkat 1,Bangunan Muip, Jalan Mahkota, 25000, Kuantan Pahang yang mengandungi maklumat nama, alamat, serta nombor telefon bagi pihak kami menghantar resit rasmi.
   
7. Adakah terdapat kemudahan potongan gaji? 
  Ada. Boleh terus berhubung dengan Pejabat Dana Wakaf Pahang  atau Pejabat Cawangan di daerah masing-masing.
   
8. Apakah nama butiran yang perlu dinyatakan sekiranay berwakaf melalui cek atau wang pos?
  Pembeli perlu menulis diatas nama Dana Wakaf Pahang.
   
9. Adakah sampai niat sedekah pahala kepada simati/arwah?
  Para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh disedekahkan pahalanya kepada si mati. Ia adalah amalan berikut :
i) Wakaf dan sepertinya
ii) Doa dan istigfar
iii) Apa-apa jenis ibadah yang boleh diwakilkan(seperti Haji)
Bertanya seorang sahabat kepada Rasullulah S.A.W, “Ya Rasullullah, ibuku telah meninggal dunia adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? Nabi menjawab “ya” ( Riwayat Abu Daud & Tirmizi)(Rujuk: Hasyiah Ibn’Abidin 1/605, Nihayatul
   
10. Bolehkan saya mewakafkan duit saya tanpa saya perlu hadir ke pejabat tetapi melalui orang lain?
  Boleh,  tetapi mestilah beserta dengan maklumat yang lengkap bagi memudahkan pihak DWP mengeluarkan resit untuk simpanan tuan/puan untuk diberi atau pos.
   
11. Jika saya  menjumpai duit bernilai RM100.00, bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?
  Tidak boleh, kerana bukan sempurna milik.
   
12. Apakah syarat orang yang ingin berwakaf?
  i. Baligh;
ii. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya;
iii. Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf;
iv. Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa
   
  SOALAN LAZIM BERKAITAN PEMBELIAN DANA

WAKAF MELALUI ONLINE/FPX
   
1. Bolehkan membeli Dana Wakaf Pahang melalui atas talian ‘online’?
  Boleh. Sila layari www.ewakaf.muip.gov.my dan mendaftar untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan.
   
2. Apakah itu kaedah FPX?
  FPX merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuuruskan oleh Malaysia Elektronik Payment Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Ia bakal menjadi elemen terpenting di dalam pembayaran secara ONLINE di Malaysia. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment)
   
3. Bagaimana transaksi FPX ini beroperasi?
  Bagi pembelian DWP, tuan/puan hanya perlu melayari laman www.ewakaf.muip.gov.my dan klik pada pembelian secara FPX. Namun pihak tuan/puan perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank terlibat sebelum meneruskan pembelian. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja dan pembelian DWP berjaya.
   
4. Apakah jenis bank yang menyertai FPX ini?
  Sebanyak 10 buah bank utama yang menyertai perlaksanaan FPX iaitu :
  a)  CIMB Bank
b)  Malayan Banking Berhad ( Maybank)
c)  Public Bank Berhad
d) Bank Islam Malaysia
e)  Hong Leong Bank
f)  RHB Bank
g)  UOB bank
h)  Bank Muamalat
i)   Ambank
j)  Alliance Bank
   
5. Adakah pembelian secara FPX akan dikenakan caj tambahan?
  Ya. Sebanyak RM0.50 akan dikenakan oleh pihak bank. 
   
6.  Bagaimana sekiranya terlupa katalaluan?
  Tuan/ Puan hendaklah menghantar kepada kami no.kad pengenalan melalui email atau terus hubungi Pejabat Dana Wakaf Pahang.
   
7. Bagaimana sekiranya nama yang didaftarkan melalui online, dimaklumkan bahawa telah ada rekod berdaftar?
  Tuan/Puan boleh terus membuat aduan melalui telefon dengan menghubungi Pejabat Dana Wakaf atau boleh menghantar maklumat diri melalui email.
   
8. Apakah ada bukti pembelian Dana Wakaf sekiranya berwakaf secara online?
  Ada. Pembeli akan menerima resit rasmi yang akan dipos kepada dalam masa 14 hari bekerja ke alamat yang didaftarkan dalam sistem Dana Wakaf.
   
9. Berapa lamakah resit akan sampai ke rumah selepas saya berwakaf?
  Resit rasmi akan dihantar melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja jikalau pembelian secara atas talian. Jikalau pembelian secara terus dikaunter, pewakaf akan menerima resit rasmi secara terus sesudah selesai membuat bayaran di kaunter.
   
10. Apakah ada kaedah berwakaf selain menerusi atas talian?
  Ada. Antaranya adalah seperti berikut :
  i) Boleh membeli DWP melalui Bank Draf ataupun Cek.
ii) Berwakaf dengan cara wang pos.
iii) Terus poskan wang ke alamat Pejabat Wakaf.
iv) Secara potongan gaji bulanan sama ada perkhidmatan awam ataupun swasta.
v) Di semua Kaunter Pejabat Majlis Ugama Isalam dan Adat Resam Melayu Pahang.
   
11. Bagaimanakah cara pewakaf yang berada di luar Negeri Pahang untuk berwakaf secara bulanan?
  Boleh berwakaf melalui atas talian ataupun boleh mendapatkan borang potongan gaji bulanan bagi yang bekerja. 

Selamat Datang Ke Portal e-Wakaf Majlis Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)



Log Masuk

Galeri Projek

Asrama Di Mesir
Asrama Wanita
Kiosk Di Masjid Negeri
Kompleks Asnaf MUIP

Jumlah Pelawat

Hari Ini4
Semalam59
Minggu Ini290
Bulan Ini1187
Keseluruhan68038

Pautan